Tiada Lagi Sewa Percuma Buat Peniaga Mara Digital

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh pengecualian bayaran sewa untuk peniaga di pusat teknologi maklumat (IT) Mara Digital di ibu negara yang berakhir bulan ini.

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peniaga terbabit dikehendaki membayar sewa mulai bulan depan kerana kementeriannya telah memberi pengecualian sewa maksimum selama enam bulan kepada mereka.

 

“Dia kena bayar. Kita bagi enam bulan maksimum (pengecualian sewa) dan dia kena bayar macam biasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Mara di ibu negara hari ini.

 

Peniaga di Pusat IT Mara Digital yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur sebelum ini telah mendapat notis daripada pihak pengurusan bangunan itu memaklumkan tempoh pengecualian sewa premis telah berakhir.

 

Namun, mereka berharap kerajaan akan melanjutkan tempoh pengecualian bayaran sewa itu.

 

Difahamkan, anggaran sewa bulanan di Pusat IT Mara Digital ialah kira-kira RM2,500 bergantung kepada keluasan premis masing-masing.

 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut menyatakan pihaknya tidak mengetahui jumlah bayaran sewa yang dikenakan kepada peniaga di Mara Digital.

 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bera itu menegaskan peniaga di Pusat IT Mara Digital diberikan bayaran sewa yang rendah.

 

“Kita bagi ni saya ingat paling rendah. Biasanya Mara ini Bazar Mara, Arked Mara, harganya (sewa kedai) begitu rendah,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.