‘Arab Saudi Didakwa Sabotaj Jemaah Haji Iran’

Menteri Kebudayaan Iran berkata, jemaah haji Iran tidak dapat mengerjakan ibadat itu tahun ini apabila tiada persetujuan dicapai dengan Arab Saudi susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

 

“Semua urusan masih belum diselesaikan dan kini ia sudah terlewat.

 

Perbuatan sabotaj ini dari pihak Arab Saudi,” kata Ali Jannati kepada agensi berita IRNA.

 

Arab Saudi hari ini menafikan menyekat warga Iran daripada melaksanakan ibadat haji selepas Tehran mendakwa negara itu melakukan sabotaj terhadap seteru serantaunya itu.

 

Riyadh menerima semua jemaah dari seluruh dunia daripada semua kewarganegaraan dan latar belakang mazhab serta tidak menghalang mana-mana umat Islam datang, menurut Kementerian Haji dalam satu kenyataan dalam akhbar Al-Riyadh.

 

Bagaimanapun, kunjungan mestilah dilakukan mengikut sistem dan panduan penganjur hal ehwal haji, menurut kementerian itu lagi.

 

Kementerian itu berkata, Arab Saudi tidak menghalang jemaah Iran sama sekali untuk datang. Sekatan itu dilakukan kerajaan Iran sebagai salah satu cara untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Arab Saudi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.