Cuepacs Sokong Kepimpinan Najib

Kuala Lumpur – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengumumkan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Presidennya, Datuk Azih Muda (gambar, kiri) berkata Cuepacs akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib tanpa rasa prejudis dan berbelah bahagi.

 

“Kita minta perdana menteri untuk meneruskan tugas-tugas beliau dan tidak perlu memikirkan perkara remeh-temeh yang mengganggu fikiran serta tidak memandang kebelakang dan terus maju,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas perhimpunan Hari Pekerja 2015 peringkat negeri di Kota Kinabalu, hari ini.

 

Azih menegaskan pendirian yang diambil oleh Cuepacs itu merupakan pendirian dan sokongan semua penjawat awam.

 

“Kita penjawat awam komited bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan pelbagai agenda khususnya untuk membantu golongan rakyat pelbagai lapisan pendapatan termasuk kami penjawat awam,” katanya.

 

Menurutnya, hasrat Cuepacs adalah melihat impian kerajaan menjadikan Wawasan 2020 itu tercapai. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.