Ahmad Maslan Kini Jadi ‘Zombie’

Kuala Lumpur – Nampaknya kritkan demi kritikan terus dilemparkan terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan selepas lebih sebulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

Pelbagai cara digunakan khalayak untuk meluahkan kemarahan mereka terutama apabila membabitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut.

 

Selain menghemburkan kata-kata kesat kepada Ahmad Maslan di laman sosial seperti Facebook, segelintir pengguna laman sosial juga bertindak ‘kreatif’ menyunting gambar pemimpin itu dengan menjadikan sebagai bahan jenaka.

 

Bagaimanapun, kritikan dan tindakan pihak berkenaan tidak cukup di situ sahaja. Terbaharu kecoh di laman sosial, satu permainan video memaparkan imej Ahmad Maslan sebagai watak utama.

 

Menerusi tinjauan Malaysian Digest di Google Play Store, permainan itu di namakan sebagai ‘Maslan 3.85 Extended Version’ yang mana memaparkan wajah Ahmad Maslan disunting sebagai ‘zombie’.

 

Permainan tersebut dikeluarkan oleh VNBOX Trading & Services Sdn Bhd pada 6 Mei lalu.

 

Lebih menarik, permainan atas talian itu turut memberi penjelasan seperti berikut;

 

“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyaatan DUNGU oleh menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version.

 

“Dunia makin suram…ekonomi kian menjunam. GST berleluasa.. Kerana maki hamun dan kebencian mendadak rakyat jelata terhadap menteri yang suka membuat spekulasi kurang cerdik.. maka satu sumpahan telah berlaku.

 

“Lepaskan rasa pilu dan marah anda dengan menangkap Maslan 3.85,” tulis kenyataan itu.

 

Namun, di fahamkan permainan itu masih dalam proses menaik taraf kerana pengguna masih lagi berdepan dengan masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.