Roslee Daud Tarik Balik Surat Keluar UMNO?

Dungun – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi.

Menurut sumber penarikan tersebut dibuat kerana memikirkan parti lebih penting.

“Adun Bukit Besi maklumkan pada saya, beliau akan menarik semula perletakkan jawatannya.

“Keputusan yang dibuat pada sebelah pagi tadi, disebabkan beliau terlalu emosi pada dimaklumkan mengenai situasi terkini di Terenganu.

“Insyallah saya akan tarik balik” katanya kepada sumber tersebut sejurus sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri.

Perdana Menteri dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Adun BN Terengganu esok pagi.

Roslee sebelum inibmengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: “Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.