Premis Plaza TTDI Diserbu, 12 GRO Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 12 wanita asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Plaza TTDI lewat malam Isnin.

Premis yang baharu sebulan beroperasi itu gagal mengemukakan lesen perniagaan diserbu oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) di sini  yang diketuai Inspektor Affendi Yusof bersama 10 anggota.

Kesemua wanita yang ditahan itu berusia di antara 23 hingga 37 tahun dan pemeriksaan mendapati mereka melanggar syarat masuk ke negara ini sebagai pelancong, sebaliknya bekerja di premis berkenaan.

Difahamkan gaji semua wanita asing hanya bergantung kepada pembelian minuman di premis berkenaan.

Ketika serbuan dibuat, terdapat hampir 30 pelanggan sedang mendapatkan khidmat GRO terbabit.

Selain menahan wanita berkenaan, polis juga merampas peralatan audio di premis terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.