PM Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang bermula malam ini hingga 17 Mei ini.    

Majlis tilawah itu diadakan di Dewan Jubli Perak di sini.
    
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman serta pembesar-pembesar negeri.
    
Seramai 28 qari dan qariah dari 13 buah negeri termasuk qari dan qariah dari Wilayah Persekutuan menyertai tilawah bertema ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu.    

Johan qari dan qariah akan menerima hadiah wang tunai RM30,000, kereta Proton Preve, piala, hadiah iringan serta sijil penghargaan.
    
Bekas johan qari dan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa Datuk Ahmad Faizul Ghazali dari Pahang dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dari Perak turut dijemput memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada malam ini.
    
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh penyanyi Hafiz Hamidun. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.