Ops Noda: Ejen Pusat Urut Dapat Habuan Cecah RM30,000

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat refleksologi menawarkan habuan RM30,000 kepada ejen atau orang tengah yang mendapat pekerja yang bukan sahaja mengurut kaki tetapi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Berdasarkan siasatan awal, premis yang berselindung di sebalik pusat urut kaki di Jalan Klang Lama di sini dikatakan boleh meraih pendapatan sehingga RM48,000 sebulan.

Dalam operasi  Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) Balai Polis Brickfields yang diketuai Inspektor Mohammad Jais bersama lima anggota lain lewat malam Isnin itu, 10 wanita warga Vietnam serta juruwang pusat berkenaan ditahan.

“Wanita berusia 20 hingga 28 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Pelbagai jenis kondom, wang tunai kira-kira RM4,000 dan buku jadual kerja turut dirampas,” katanya.

Premis yang menawarkan khidmat seks itu dibuka sejak enam bulan lalu tanpa permit sah dan beroperasi antara pukul 12 tengah hari hingga 3 pagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.