36 Pelajar Al-Azhar Dipenjara Empat Tahun

KAHERAH – MESIR . Sebanyak 36 pelajar Universiti Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tahun lalu ketika penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi.

Mahkamah turut mengarahkan mereka membayar denda 4,300 euro (RM19,100).

Menurut sumber, kesemua mereka didapati bersalah kerana melakukan kekacauan, menghalang jalan di hadapan universiti dan bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan.

Februari lalu, pihak berkuasa mengeluarkan perintah bahawa anggota keselamatan dibenarkan memasuki kampus dan memberikan hak kepada pentadbir universiti untuk mengusir mana-mana pelajar yang terlibat dalam bantahan itu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan pelajar apabila mereka berterusan mendesak kerajaan sementara supaya membebaskan semua pelajar yang ditahan dengan segera dan meminta polis segera meninggalkan kawasan kampus berkenaan.

Keganasan di Mesir dijangka terus meningkat sehingga Pilihan Raya Presiden 26 dan 27 Mei ini, dipetik dari laporan Al Arabiya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.