Tengku Maimun juga dilantik atas nasihat PM terdahulu – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara sebelum ini juga melalui proses yang diamalkan sejak sekian lama, kata veteran politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri menegaskan jika Tengku Maimun menganggap pelantikan hakim mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan merupakan satu campur tangan perdana menteri, sepatutnya tidak menerima jawatan tersebut ketika dilantik pada Mei 2019 lalu.

Ini kerana pelantikan Tengku Maimun pada 2019 juga dibuat atas nasihat perdana menteri ketika itu kepada Yang Dipertuan Agong.

“Masa lantik dia dulu tak pula dibangkitkan tentang campur tangan perdana menteri dalam pelantikan hakim.

“Sekarang bila sudah nak pencen dan mungkin tidak disambung, Tengku Maimun nak bercakap soal campur tangan pula.

“Sepatutnya kalau dia merasakan cara yang dah digunakan sekian lama tidak betul, dia sepatutnya menolak pelantikannya pada 2019.

“Masa nak lantik dia dulu, nama dia tu mana Yang Dipertuan Agong dapat kalau bukan atas cadangan Mahathir? Nama dia turun dari langit?” katanya.

Mohamed Nazri mengulas kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun dalam ucapannya di Persidangan Undang-undang Komanwel ke-24 di Malta.

Tengku Maimun berkata, menghapuskan peranan perdana menteri dalam pelantikan hakim boleh membantu mengikis persepsi wujudnya pengaruh politik terhadap badan kehakiman.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menegaskan kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun ini merupakan satu bentuk campur tangan dalam urusan badan eksekutif.

“Kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun ini sebenarnya boleh dianggap sebagai campur tangan dalam badan eksekutif.

“Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan tidak perlu dibangkitkan dalam ucapan di luar negara.

“Biarpun dia cuma memberi pandangan tetapi perkara itu disebut dalam ucapan dalam satu persidangan di luar negara.

“Ini memalukan negara dan menimbulkan persepsi seolah-olah sistem perundangan negara teruk sangat,” katanya lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen reformasi Kerajaan Madani untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK).

Ujarnya, ia selaras dengan semangat pembaharuan institusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat