Laporan Nahas Double Six tlTak Sepatutnya Dirahsiakan, Cetus Teori Konspirasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan penyiasatan nahas Double-Six Nomad tidak sepatutnya dirahsiakan langsung di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Ia sepatutnya diterbitkan kepada orang awam sejak 47 tahun yang lepas pada tahun 1976 memandangkan penerbitan laporan ini mendedahkan bahawa tidak ada unsur keselamatan awam untuk menjadi alasan perahsiaan laporan ini selama hampir lima dekad.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan ini sepatutnya diterbitkan untuk menjelaskan kematian tragik Ketua Menteri Sabah, Fuad Stephens, bersama dengan tiga menteri negeri Sabah, dan tujuh penumpang lain dalam penerbangan ini.

“Perkara ini menjadi pengajaran kepada kerajaan hari ini, sama ada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, untuk mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti sebagai prinsip tadbir urus baik pada setiap masa untuk mendapatkan keyakinan orang awam.

“Klasifikasi laporan nahas Double-Six Nomad yang terjadi pada 6 Jun 1976 selama 47 tahun sebelum ini telah menimbulkan pelbagai bentuk teori konspirasi politik yang pastinya dapat dielakkan sekiranya Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara telus dan bertanggungjawab pada tahun 1976,” kata Kit Siang dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau lagi, perkara ini menjadi pengajaran, bahawa kerajaan pada hari ini, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, tidak semestinya mengetahui perkara yang terbaik untuk negara. Apa yang sentiasa diperlukan adalah “semak imbang” yang bertanggungjawab.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat