Tidak Rasmi: BN Sedang Mendahului PH Dengan Majoriti Lebih 3,000 Undi

KUALA LUMPUR – Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan kini selesa mendahului kiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau dengan kelebihan majoriti 3,245 undi.

Beliau yang juga bekas menteri Besar Negeri Sembilan dan kini adalah Timbalan Presiden UMNO memperolehi 6,902 undi sementara calon PH dari PKR, Dr S Streram mendapat 3,657 undi.

Dua calon Bebas, R Malar mendapat 50 setakat ini, manakala ahli parti Amanah, Mohd Nor Yassin memperolehi 56 undi.

PRK Dun Rantau merupakan PRK ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Enam PRK lain sebelum ini melibatkan DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia dan Parlimen Port Dickson yang dimenangi PH, manakala PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih dimenangi BN. – SuaraTV

One thought on “Tidak Rasmi: BN Sedang Mendahului PH Dengan Majoriti Lebih 3,000 Undi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.