Penyokong Gaduh Sama Sendiri Di Bilik Gerakan PH Selepas Kalah PRK Rantau

Pergaduhan tercetus di bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.

Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat.

Dalam beberapa minit, situasi kemudian bertukar menjadi pergelutan.

Wartawan Kini TV Daniel Anthony yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.

Polis ketika ini berada di tempat kejadian.

Ketika berita ini ditulis, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan.

Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan Malaysiakini dari jumlah undi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi, Mohamad sudah memperoleh jumlah undi yang diperlukan untuk memastikan kemenangan.

Setakat 7.05 malam tadi, Mohamad sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.

Pengiraan itu dengan anggaran 79 peratus keluar mengundi dari 20,926 pengundi yang layak. – Mkini

Lain-Lain Berita;-

Bonus Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah, Menteri Salahkan Kerajaan Terdahulu

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

Mujahid Guna Perkataan Tahi, Tak Tahan Diasak Isu Jual Aset Tabung Haji

Kisah Aset Tabung Haji RM19.9 Bilion dan SPV Bukan ‘April Fool’

Isu Kononnya Tabung Haji Terlebih Bagi Dividen Kepada Penyimpan – Azeez Rahim Jawab Tohmahan PH

Kadar Dividen KWSP Merosot, Tapi Lim Guan Eng Dakwa Prestasi Terbaik

One thought on “Penyokong Gaduh Sama Sendiri Di Bilik Gerakan PH Selepas Kalah PRK Rantau

  • April 14, 2019 at 9:40 am
    Permalink

    Penting PH tk rasuah?? Kalah maruah tanpa rasuah pecah amanah?, ni umno tk hbs2 rasuah..rasuah..rasuah..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.