Video: Gerakan Siswa Bantu Jentera BN

KUALA LUMPUR 13 April – Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Jentera Siswa BN yang akan memain peranan sebagai jentera bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kira-kira 2,000 mahasiswa universiti awam, swasta dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Penaung Siswa BN, Datuk Seri Razali Ibrahim menjelaskan bahawa penyertaan secara sukarela mahasiswa untuk membantu jentera parti menolak gambaran kononnya golongan itu menentang BN.

“Ia membuktikan bahawa tidak semua mahasiswa dengan pembangkang. Maknanya ada yang atas kesedaran masing-masing membuat pilihan untuk bersama dengan Barisan Nasional.

“Kedua, saya mahu mereka menjaga adab dan mengambil peluang mendedahkan diri bukan hanya teori malah praktikal, yang ada di hadapan mereka ini adalah satu pengalaman yang mereka dapat di dewan kuliah yang akan menjadikan mereka lebih matang dan saya harap mereka dapat kutip sebanyak mungkin realiti kehidupan bersama masyarakat di akar umbi pada pilihanraya umum,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran di Pusat Dagangan Putra (PWTC) hari ini.

Razali juga memberi nasihat kepada mahasiswa yang hadir pada pelancaran itu agar menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin. -SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.