Baju Kurung Moden Hello Kitty Bakal Jadi Tema Raya Nanti

KURANG dua bulan umat Islam seluruh dunia akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada tanggal 25 Jun ini.

Dalam sibuk ganti puasa, pastinya anda sudah mula start shopping baju raya untuk digayakan pada pagi 1 Syawal.

Kebiasaannya kaum wanita bila bab baju raya baru, dorang yang rajin sekali survey untuk mendapatkan kualiti baju yang terbaik dan cantik.

Dalam survey-survey tu terjumpa pulak satu rekaan baju kurung moden yang cukup unik dan pastinya peminat setia Hello Kitty rambang mata nak beli kan.

Baju raya rekaan Zabir Arfan ini menjadi viral baru-baru ini apabila netizen ‘terpana’ dengan rekaan unik dan stylo Hello Kitty yang serba comel dan manis itu.

Namun begitu, Zabir menjelaskan kesemua baju rekaannya itu adalah bukan untuk jualan, sebaliknya ia hanya koleksi peribadinya sendiri yang tidak akan dipasarkan di mana-mana tempat.

Ada ke yang dah berkenan? mynewsub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!