TMJ Cabar KJ Debat

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdebat bersamanya berhubung prestasi bola sepak negara.

 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Johor Souther Tigers, Tunku Ismail mengharapkan agar rangkaian televisyen berbayar Astro dapat menyiarkan perdebatan tersebut secara langsung.

 

“Saya bukan ahli politik yang memerlukan sebarang undi dari rakyat, tapi saya merupakan invidu yang telus dan jujur. Ini merupakan saya cabaran dari saya,” ujarnya.

 

Tunku Ismail memetik beberapa nama penting untuk perbahasan tersebut termasuk wakil FAM, ketua jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan.

 

Menjelaskan beliau tidak mahu menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bola sepak, beliau hanya mahu perdebatan itu dilakukan bagi memastikan permasalahan kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan menemui jalan penyelesaian bagi memastikan langkah sewajarnya diambil.

 

Sebelum ini, TMJ menyifatkan pemain tempatan kurang berkualiti dan baginda menggesa Khairy untuk bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

 

Mengakui sudah penat dengan pembohongan serta perkara yang cuba diselindungkan Tunku Ismail berharap dapat mendengar suara rakyat yang menjadi keutamaan baginya.

 

Tambahnya, beliau tidak mahu pemain dipersalahkan sekali lagi dan mengharapkan pimpinan yang ada perlu bertanggungjawab dalam memajukan dan memperbaiki kualiti pemain demi kemajuan bola sepak negara.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.