UMNO Kedah Akan Sokong Najib Tanpa Mukhriz – Ahmad Lebai Sudin

Alor Setar – UMNO Kedah mungkin berpecah sekiranya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 

Isu kepercayaan kepimpinan ini timbul apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau telah hilang kepercayaan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri.

 

Menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

 

“Sekiranya Mukhriz enggan menyatakan sokongan secara terbuka saya dan Adun-Adun yang lain akan membuat satu kenyataan berasingan bagi menyatakan sokongan tersebut.

 

“Dalam perjumpaan  yang diadakan oleh Menteri Besar pagi tadi, beliau memaklumkan Umno negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 haribulan April ini di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Ahmad, tindakan Mukhriz itu dilihat sengaja ingin melengah-lengahkan untuk menyatakan pendirian sebenar beliau sambil menyifatkan ia terlalu lambat.

 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan masa perjumpaan tersebut akan diadakan.

 

Semalam SuaraTV  melaporkan gesaan Ahmad Lebai Sudin agar Mukhriz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya tidak lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri kerana jawatan Menteri Besar merupakan jawatan lantikan Perdana Menteri.

 

4 thoughts on “UMNO Kedah Akan Sokong Najib Tanpa Mukhriz – Ahmad Lebai Sudin

  • April 13, 2015 at 12:30 pm
    Permalink

    Salam
    I have send my comment on Facebook.
    Please think hard before pen in.
    Thanks

    Reply
  • April 13, 2015 at 1:54 pm
    Permalink

    Orang-orang yang macam ni la yang akan Sokong Najib, Dia tak Tau Sokong najib tunggu Malaysia akan Bankrup la bang.

    Mengarut la bang mat Ooi,

    Reply
    • August 31, 2015 at 6:31 pm
      Permalink

      Confirm lepas ni nama Ahmad Lebai Sudin dah dicalonkan bakal Menteri kedah..kipas.kipas..tengok muka pun dah tahu..

      Reply
  • April 13, 2015 at 2:13 pm
    Permalink

    apa gunanya kalau bahagian saja yg sokong Najib..sdgkan rakyat marhem tidak menyokong..PRU 14 rakyat akan bangkit…tunggu dan lihat saja..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.