Guru KAFA Bakal Dikenakan Tindakan Tegas?

SHAH ALAM – Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee Badarul Hi­s­ham, 24, yang cuba memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun golongan itu kepada wakil rakyat namun berjaya dihalang baru-baru ini berkemungkinan menerima tindakan tegas.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya meminta guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Kapar itu memberi penjelasan berhubung tindakannya tersebut dalam tempoh dua minggu.

 

(Baca berita sebelumnya;- ‘Hina Sangatkah Ustaz Macam Saya Ini?’)

 

Menurutnya, berdasarkan jawapan kepada surat yang dihantar oleh JAIS itu, pihaknya akan meneliti bentuk tindakan selanjutnya terhadap Ekhsan Bukharee.

 

“JAIS mengemukakan surat mohon penjelasan kepada beliau (Ekhsan Bukharee) pada Khamis lalu.

 

“Kita beri tempoh dua minggu untuk (beliau) jawab surat tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.