Peniaga Di Kelantan Halang Jentolak, Pertahan Kedai Dari Diroboh Majlis Daerah

PASIR PUTEH — Lebih 300 peniaga menghalang operasi meroboh Pasar Besar Pasir Puteh oleh pihak majlis dearah itu semalam.

Kekecohan tercetus apabila mereka beramai-ramai menyekat dua jentolak memasuki kawasan pasar untuk menjalankan operasi itu, pada 9.30 pagi, lapor Kosmo!.

Situasi kembali reda pada 10.45 pagi apabila Majlis Derah Pasir Putih (MDPP) menangguhkan operasi mereka ekoran peniaga terbabit enggan berundur.

Seramai 375 anggota Persatuan Peniaga Kecil Dalam Pasar Besar Pasir Puteh mempertahankan premis itu sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mac ini.

“Kami minta tunggu sehingga keputusan keluar,” kata pengerusi persatuan itu yang dikenali PEMBEKAL, Kamarzaman Che Ngah.

“Peniaga akur bidang kuasa MDPP namun surat peguam menyatakan keputusan rayuan kami menerusi Mahkamah Rayuan akan diketahui pada 22 Mac ini.”

Sementara itu Yang Dipertua MDPP berkata pihaknya boleh merobohkan pasar itu pada bila-bila masa tanpa menunggu keputusan mahkamah rayuan.

“Ini kerana ia hanya mengenai tuntutan peniaga terhadap kerugian selepas diarahkan berpindah ke Pasar Siti Hajar,” kata Mohd Anis Hussein.

Nekad akan meneruskan perobohan itu, beliau berkata peniaga tidak berhak menghalang kerja itu kerana mereka bukan pemilik atau penyewa sah.

Katanya, keputusan mahkamah pada 1 Mac lalu tidak menghalang MDPP meroboh pasar itu dan mereka tidak perlu menunggu keputusan mahkamah, 22 Mac ini.

Kontroversi Pasar Besar Pasir Puteh berlarutan sekian lama ekoran keengganan peniaga berpindah ke Pasar Siti Hajar kerana didakwa petak jualannya kecil.

Selain itu, lokasi premis baru didakwa tidak strategik kerana jauh dari kawasan tumpuan. Namun Kamarzaman berkata pihaknya akur jika mahkamah memutuskan sebaliknya.

Sepasukan polis ditempatkan di lokasi itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.