Kantoi Mencuri Rumah Orang Gara-Gara Bau Kakinya Yang Sangat Kuat!

Anda mungkin pernah mendengar banyak cerita tentang bagaimana seorang pencuri terperangkap.

Ada yang ditangkap ketika tengah sedang mencuri,  ada pula yang tertangkap selepas melihat rakaman CCTV.

Namun, cara pencuri yg  ini tertangkap mungkin sangat aneh .

Dilaporkan oleh Tribunnews of World Buzz, pencuri dari Beijing, China bercadang untuk mencuri sesuatu dari rumah.

Pencuri tersebut seolah-olah lincah dengan tidak meninggalkan apa-apa kesan di dalam rumah.

Jadi dia memakai sarung tangannya dan membuka kasutnya ketika dia memasuki rumah.

Tapi malang bagi si pencuri, pemilik rumah pulang ketika dia sedang mencuri barang-barang.

Supa tidak tertangkap, si pencuri  segera bersembunyi di bawah tempat tidur dan berharap si pemilik rumah akan pergi lagi.

Tapi ternyata persembunyian si pencuri diketahui oleh pemilik rumah.

Bukan kerana ternampak tubuh pencuri atau terdengar suaranya

Sebaliknya, pemilik rumah itu berbau bau busuk di sekeliling rumahnya.

DIa segera mencari dari mana sumber bau tersebut.

DIa masuk ke bilik, melihat ke bawah tempat tidur, dan rupanya bau busuk itu berasal dari kaki si pencuri.

Pencuri itu segera dibawa ke pejabat polis Hanshan.

Pemilik rumah menasihati orang ramai untuk mengetatkan keselamatan rumah mereka, memastikan pintu dan tingkap dikunci dengan ketat.

Kisah yang tidak masuk akal ini disiarkan di media sosial Weibo oleh polis tempatan dan menjadi viral.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!