Liverpool Tewaskan Burnley 2-1 Di Anfield

LONDON – Liverpool bangkit untuk menewaskan Burnley 2-1 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.

Anak didik Jurgen Klopp dikejutkan dengan jaringan awal Burnley menerusi Ashley Barnes pada minit ketujuh.

Liverpool bagaimanapun terpaksa terpaksa menunggu hingga penghujung babak pertama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Georginio Wijnaldum pada masa tambahan.

Pemain tengah, Emre Can meletakkan The Reds di depan apabila rembatan leretnya gagal diselamatkan penjaga gol, Tom Heaton, enam minit selepas babak kedua bersambung.

Sadio Mane berpeluang menambah jaringan ketiga Liverpool pada minit ke-89, namun percubaannya diselamatkan Heaton. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.