Video: Wan Azizah ‘Dimaki’ Pengundi Permatang Pauh, Malam Tadi

PERMATANG PAUH – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dimarahi oleh salah seorang pengundi kawasan yang tidak berpuas hati dengan ahli parlimen itu dalam satu kejadian di sini, malam tadi.

 

Kejadian pada sekitar jam 11.30 malam itu berlaku ketika Wan Azizah melakukan program ‘walkabout bersama peniaga’ di uptown Bandar Perda.

 

Melalui klip video pendek yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV, lelaki yang dikenali sebagai Rosly Yusof itu dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pegawai Wan Azziah yang menjaga pusat khidmat beliau di sini.

 

 

“Mana dia Sharizat (pegawai Wan Azizah), penakut.. Kak Wan tak boleh dengar cakap pegawai sahaja kena turun kawasan sama dengar sendiri aduan pengundi.

 

“Kena jumpa pegawai di peringkat ranting yang bekerja (untuk parti) ni.. tak boleh setakat dengar sahaja kena ambil tindakan kat depa ni sama.. tegur depa mai datang jumpa saya” katanya melalui klip video tersebut.

 

Terkejut dengan tindakan spontan tersebut, Wan Azizah hanya mampu tersenyum sambil menganguk.

 

“Yalah nanti kita bagi tahu dengan dia” katanya ringkas bagi mententeramkan suasana.

 

Kejadian tersebut berjaya diselesaikan apabila lelaki tersebut beredar setelah melepaskan kemarahannya.

 

Ahli parlimen itu sebelum ini sering dibidas kerana jarang turun padang untuk berjumpa dan menyelesaikan masalah pengundi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.