Penyerang Chelsea Gigit Leher Pemain Lawan

PENYERANG Chelsea, Diego Costa terlibat dengan satu lagi kontroversi ketika pasukannya tewas kepada Everton dalam saingan Piala FA pada Sabtu.

 

Kali ini, pemain kebangsaan Sepanyol itu dikatakan mengigit leher pertahanan Everton, Gareth Barry ketika berlaku ketegangan antara kedua-dua mereka.

 

Insiden itu berakhir dengan Costa dibuang padang dan Chelsea terpaksa berhempas dengan 10 pemain.

 

Costa sebelum ini telah dilayangkan satu kad kuning sebelum pengadil terus memberikan kad merah dalam perlawanan itu.

 

Chelsea yang merupakan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu tewas 2-0 dalam peralwanan berkenaan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.