Wak Doyok Serik Gurauan Dikecam

KUALA LUMPUR – “Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain,” kata selebriti dan ikon fesyen Wak Doyok berhubung cemuhan pengikutnya yang menggelarnya gila seks dan tidak bermoral berikutan komen berbaur seksual terhadap gambar punggung aktres Kilafairy di Instagram, baru-baru ini.

 

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 36, berkata, kecaman daripada pengikutnya di sosial media perkara yang mengejutkan kerana niatnya hanya untuk bergurau ketika memberikan komen pada gambar Kilafairy.

 

“Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka pula segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar.

 

“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Tapi bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat dan saya terima teguran orang dengan hati terbuka,” katanya.

 

Kontroversi terbaru itu timbul apabila komen Wak Doyok yang memuji bentuk punggung Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 23, pada akaun Instagram aktres itu.

 

Susulan komen berbaur seksual itu, Wak Doyok dikecam teruk segelintir pihak menggelarnya gila seks, tidak bermoral dan keterlaluan.

 

Wak Doyok menambah, kejadian salah faham itu menjadi pengajaran kepadanya pada masa akan datang.

 

“Niat saya hanya untuk bergurau dan mengusik Kila. Tak tahu pula kenapa sesetengah orang salah faham dan menghentam keras.

 

“Sekarang saya faham dalam sosial media ini kita kena berhati-hati dalam sebarang komen sebab apa saja boleh berlaku walaupun saya tak maksudkan ayat lucah itu dalam komen berkenaan,” katanya.

 

Kilafairy yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen kerana menganggap hal itu perkara remeh yang tiada kaitan dengannya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.