Twitter Ahli Parlimen Bung Mokhtar ‘Dirampas’

Kuala Lumpur -Laman sesawang twitter ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin ‘dirampas’ malam tadi.

 

Namun apa yang menarik, individu yang merampas itu adalah anak kandungnya sendiri yang memuatnaik gambarnya ‘berselfie

 

“Hellooo daddy” ujarnya melalui akaun tersebut.

 

Tindakan anak gadis Bung itu pada mulanya menimbulkan tanda tanya di kalangan para pengikutnya.

 

Bung ketika memberikan maklumbalas mengenai ‘rampasan’ tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai anak nakal.

 

“Anak anak ni nakal..dia post sendiri..” katanya ketika membalas tweet Faiz di laman tersebut.

 

Malah ada yang secara berjenaka cuba memikat anak gadisnya itu.

 

“Dato. Kalau begini rupanya harus di jaga dengan elok. Kirim salam sama dia tok. Berdosa kalau xsampaikan amanah. Kah3” ujar Abraham Saidin pula.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.