Pemandu Parah Di Kepala, Lori Gula Terbakar

Alor Setar – Sebuah lori membawa muatan gula pasir yang dalam perjalanan ke arah utara terbabas di kilometer 86.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Gurun, hari ini.

 

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku apabila ia terbabas dari jejambat sebelum terbakar.

 

Difahamkan, pemandu lori berusia lingkungan 40-an cedera dan melecur hampir 30 peratus.

 

Komander Operasi Bomba, Safuwan Md Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

 

“Kita menerima maklumat awal sebuah lori bawa muatan gula pasir terbabas dan terbalik di bahu lebuh raya.

 

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati pemandu lori tersepit,” katanya.

 

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dari lori berkenaan beberapa minit kemudian oleh anggotanya.

 

Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.