‘Panel KWSP Halau Saya Macam Pengemis’

Kuala Lumpur – Seorang suri rumah yang menghadapi masalah kesihatan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh panel doktor yang dilantik mengendalikan kes berkaitan pengeluaran Hilang Upaya Kekal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Menurut Aizah Aliuddin, 38 yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, permohonannya untuk mengeluarkan duit caruman KWSP itu ditolak kerana dikatakan tidak layak.

 

“Selepas diberhentikan kerja saya buat permohonan dan pegawai KWSP yang meneliti permohonan tersebut maklumkan ia tidak ada masalah kerana semua dokumen yang di perlukan telah lengkap.

 

“Tapi saya perlu berjumpa dengan panel doktor yang ditetapkan oleh KWSP bagi membolehkan permohonan tersebut diproses” katanya kepada SuaraTV.

 

Namun menurutnya, apa yang mengecewakan sebaik sahaja hadir untuk sesi pemeriksaan yang diaturkan, pegawai perubatan yang bertugas terus menghalaunya pulang.

 

“Saya amat kecewa apabila mereka melayan saya seperti pengemis sedang saya hanya mahu menuntut hak saya… bayangkan sebaik sahaja di panggil masuk ke bilik pemeriksaan mereka terus menghalau saya balik tanpa sebarang alasan yang munasabah sedangkan saya belum sempat duduk pun.

 

“Sebaik sahaja melihat saya datang, doktor wanita (panel tersebut mempunyai tiga doktor) itu terus kata.. dah, awak balik lah.. awak boleh kerja… setakat sakit buah pinggang je… awak kene ada dua-tiga penyakit lain baru boleh mohon… jangan awak ingat socso dah bagi bantuan, KWSP senang-senang nak kasi kasi awak duit. boleh balik!” ujarnya sedih ketika menceritakan kembali detik tersebut.

 

Menurut Aizah lagi, permohonan tersebut bukan dibuat untuk bersuka-ria tapi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan serta membiayai persekolahan empat orang anaknya.

 

“Saya sudah diberhentikan kerja kerana sering ambil cuti sakit bagi mendapatkan rawatan…dalam seminggu tiga hari diperlukan untuk dialisis dan kos perubatan saya sekitar 700 – 800 sebulan.

 

“Keempat-empat anak saya masih bersekolah dan suami saya hanya bekerja sebagai pemandu.. tapi mengapa mereka melayan saya seperti ini, kami tidak pernah minta diberikan ujian sakit seperti ini,” ujarnya lagi.

 

Paling mengecewakan beliau apabila penolakkan permohonan tersebut hanya dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang alasan yang munasabah.

 

“Selepas tiga hari saya menerima SMS maklumkan yang mengatakan permohonan saya ditolak.

 

“Saya benar-benar mengharapkan mereka yang bertanggungjawab membantu kami insan yang tidak berdaya ini untuk mempertahankan hak kami… bukan hanya untuk saya tapi untuk semua pesakit kronik lain yang senasib” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

 

SuaraTV akan menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumbalas mengenai isu ini.

 

23 thoughts on “‘Panel KWSP Halau Saya Macam Pengemis’

  • March 13, 2015 at 9:55 pm
    Permalink

    Kesian..sikap manusia..

    Makcik ni mgkin da terlambat tuk amik insuran.
    Insuran bkn senang tuk kite aply.

    Jika makcik ade insuran, sy sedia membantu tuk mendapatkan hak makcik..dgn kadar free of charge..

    Makcik bole hubungi sy..
    Mazli yusoff
    0123199114

    Reply
  • March 13, 2015 at 11:42 pm
    Permalink

    Apa alasan kwsp.pesanan ringkas tanpq tunjk sebab.jadi bg aku pukimak la .ko potong duit gaji dia laju je.bilq ada mslh ko halau dia .sekaliblagi pukimak lah kwsp kalau aduan ini betul….tolak dgn alasan yg kukuh.kenapa perlu pegi panel kwsp.sementara makcik tu pegi panel tu kwsp pun dah call da panel tu.panel muafakat.abis duit mkcik tu kwsp nak makan ke.atau pegawai kwsp nak makan.

    Reply
    • July 21, 2017 at 4:17 am
      Permalink

      Kmak kmak kmak…. Smpai skrg aku masih lagi sakit bila aku d sahkan saraf kaki x bole buat krja berat.. Aku pulak d suruh mntak tukar dept. dlm co. aku kja mcam bapak dia punya syrikat… Snang2 tolak lapuran doktor lain yg sahkan sakit guna alatan dia panel guna mata bole juga buat scan utk kesan dan sah layak.. Aku mnta tuhan aku pulang pnyakit aku pada panel doc. kwsp pompuan tua yg dah abih gas dan tanggung suma sakit yg di tolak lebih tak kurang pun tak.

      Reply
  • March 14, 2015 at 9:31 am
    Permalink

    KWSP ni duit siapa sebenarnya? Bila dah tak mampu bekerja dan harap nak keluar duit sendiri yang dipotong setiap bulan hasil dari titik peluh sendiri pun nak kena lalui panel ke. Tak cukup ke dgn laporan kesihatan yang telah disubmit. Memang melampau. Kita hanya amanatkan KWSP untuk jaga duit kita, bukan kawal melampau macam kes puan ni. Dah la layan tuan empunya duit kwsp macam sampah. Ini ke yang dikatakan demokrasi?

    Reply
    • March 16, 2015 at 11:51 am
      Permalink

      dieana jay nampaknya tak faham..sila baca semula yea.baru komen. darjah berapa ni?

      Reply
  • March 14, 2015 at 11:40 am
    Permalink

    Perkara yg sama berlaku pd abg sy pesakit buah pinggang tahap 4 kritikal mmg xmampu bekerja lps dialisis kerap kali pengsan. Bila p kwsp submit smpai 3x jwpn yg sama permohonan tidak berjaya. Apahal la kwsp ni hah? Xde otak ke xblh fikir kebajikan org lain yg tu duit dia juga bkn minta duit org lain.

    Reply
  • March 14, 2015 at 11:50 am
    Permalink

    Pegawai EPF mmg tak ada masalah..tapi doktor panel mmg bnyk masalah…saya sendiri pernah alaminya. ..tunggu untuk berjumpa hampir 3 jam…tapi bila jumpa tak smpi 2 minit…

    Doktor Panel…kononnya doktor pakar? Bukan kita minta sakit atau accident. Doktor tak kena accident lagi….

    Reply
  • March 14, 2015 at 1:39 pm
    Permalink

    Apa masalah dgn doktor panel tu..blacklist jer doktor panel tu …byk lagi doctor panel yg mahir buat kerja dan berfikir

    Reply
  • March 14, 2015 at 3:36 pm
    Permalink

    Duit dlm kwsp tu duit kita sndri kot. KWsp xde maslh nk lps kan.. tp doktor2 ni lebih2 plak.. dia sbgai doc mestilah tau kos perubatan utk pesakit buah pinggang sgt tinggi.. bkn nye nk pkai duit doc tu.. nk amik duit kwsp pesakit tu sndri pun doc nk kecoh..

    Reply
  • March 14, 2015 at 4:08 pm
    Permalink

    Baca balik ayat dia. Pegawai KWSP kan dah terima permohonan dia. Cuma panel doktor yang tak sokong. Kalau tak silap panel doktor tu bkn staff KWSP pun. Yang korang komen nak menyalahkan org lain nape? Tak baik tuduh kalau tak berasas setakat baca cerita dia saja. Tambah dosa saja. Mungkin ada kriteria yg membolehkan permohonan dia diterima dan diluluskan bukan buta saja doktor nak rejek.

    Reply
  • March 14, 2015 at 6:25 pm
    Permalink

    Jum dapatkan Plan perlindungan Prudential Bsn Takaful, dimana anda akan 3in1 benefit dalam 1 akaun:

    1) manfaat perlindungan (pampasan)
    -pmpasan kematian
    -pmpasan sakit kritikal
    -pmpasan hilan upaya & cacat kekal

    2)manfaat hospitalization
    -medical card
    (Min 600k dan max 4 million sepanjang hayat)

    3)manfaat saving
    -boleh buat pengeluaran bila2 masa asalkan dlm akaun ada min RM2000

    *Tiada kenaikan harga jika pernah buat major claim

    Hubungi sy untuk sebarang pertanyaan

    FullTime
    Prudential Bsn Takaful
    Nik Syarihan
    0133080571

    Reply
  • March 14, 2015 at 6:46 pm
    Permalink

    Memanglah yg bertindak kasar itu panel doktor tetapi KWSP kena maklum dan kena ambil tindakan kerana panel doktor tu bekerja untuk kwsp. Doktor panel senang je reject tapi doktor tu kena ingat kalau org sakit mohon, bukan senang2 mereka nak mohon. Mereka mohon kerana terdesak. Lagipun itu duit mereka kwsp hanya sebagai wakil yg jaga duit. Doktor kena letak diri mereka di tempat pesakit. Senang cakap kalau bukan empunya diri yg sakit. Permudahkan lah urusan mereka yg memerlukan. Nanti Allah mudahkan urusan anda.

    Reply
  • March 14, 2015 at 10:33 pm
    Permalink

    Apa yg wanita ini, saya dah rasa dimana suami saya stroke sehingga sekarang tak bekerja. Duit suami saya mcm hak dia. Saya sabarkan hati menahan menanggung suami saya. Saya fight untuk suami tapi kena bertekak dgn doktor, akhirnya suami saya dpt pencen ilat tapi tak dpt keluarkan kwsp. Dr suruh suami saya kerja. Saya soal dr tu suami saya boleh kerja. Siapa nak terima suami saya bekerja. Dr itu terdiam. Dia suruh suami saya minta baitulmal. Saya geleng kepala

    Reply
  • March 15, 2015 at 9:30 pm
    Permalink

    Kita sbg manusia kena faham apa yg sedang di hadapi oleh wanita tersebut jgn tanpa usul periksa DR bertindak demikian di mana kredibiliti sbg seorg DR di sini tahap pemikiran sbg seorg DR tidak berharga lagi berada pada tahap paling rendah sekali…

    Reply
  • April 17, 2015 at 11:02 pm
    Permalink

    aku simpati kpd nasib mereka smua.kwsp pn dh putar belit

    Reply
    • August 9, 2019 at 2:18 am
      Permalink

      Memang betul pn macam saya sendiri nak kluarkan duit kwsp saya pn susah..sy disahkan oleh doktor hospital sy dirawat sebagai cacat kekal & tak mampu bekerja…tapi bila pergi kwsp permohonan sy ditolak..sy sangat mmerlukan duit tu untuk menampung kos sara hidup sy,anak & isteri…

      Reply
  • November 14, 2015 at 5:34 pm
    Permalink

    Betul..tuan duit rm40 untuk semakan perubatan hospital dikena dan diambil..kalau da tau pesakit gagal buah pinggang x bole keluarkan kwsp baik diberitahu..ni mnyusahkan rakyat mengharap dpt membantu..lebih baik sedekahkan untuk anak yatim.memang zalim..

    Reply
  • December 31, 2015 at 8:40 pm
    Permalink

    Saya pun menpunyai pengalaman mcm tu.sy pesakit buah pinggang berumur 27 tahun. Baru herkahwin selepas seminggu sy dpti perlu mnjalani rawatan dialisis. Masuk icu. Byk perbelanjaan bila mohon kwsp perlu jumpa dr panel kwsp.masuk pintu je da reject permohonan sy. Bukan nak enjoy pun. Masa skit byk perbelanjaan . Y tertunggak jgn ckp lah.. walaupun kwsp sy xbyk. Sy rasa tu hak sy untuk mngurangkan bebanan sy.juga bantu sy untuk membuat operation tapak (festula).sy xsempat nk jelaskan ape2. Cuma dr panel bgthu sy perlukan 2 pnyakit baru boleh mohon keluar..
    Yang 1 pnyakit ni pun x tertanggung nak 23..
    Maaf hanya share..

    Reply
  • December 31, 2015 at 8:41 pm
    Permalink

    Saya pun menpunyai pengalaman mcm tu.sy pesakit buah pinggang berumur 27 tahun. Baru herkahwin selepas seminggu sy dpti perlu mnjalani rawatan dialisis. Masuk icu. Byk perbelanjaan bila mohon kwsp perlu jumpa dr panel kwsp.masuk pintu je da reject permohonan sy. Bukan nak enjoy pun. Masa skit byk perbelanjaan . Y tertunggak jgn ckp lah.. walaupun kwsp sy xbyk. Sy rasa tu hak sy untuk mngurangkan bebanan sy.juga bantu sy untuk membuat operation tapak (festula).sy xsempat nk jelaskan ape2. Cuma dr panel bgthu sy perlukan 2 pnyakit baru boleh mohon keluar..
    Yang 1 pnyakit ni pun x tertanggung nak 23..
    Maaf hanya share.. da lah nak mohon pun kena byr 40 untuk dr tulis report…

    Reply
  • August 2, 2018 at 3:55 pm
    Permalink

    Hmm , baru je jdi kt sy . Panel kt hspital ampang . No manners . Kita just nak hak kita , kalau betul x boleh nk diluluskan permohonan ni . Knape tk ckp awal2 ? Igt bayar laporan perubatan tu pakai daun Ke? Panel tu siap nak fight dgn sy suh keje . Kata socso boleh bg keje . Sy dah ckp sy tk larat nk bkerja . Even abis je dialysis confirm sy jdi shut down . Sy harap panel tu dpt sakit yg sama so baru dia tau ape perasaan kita yg tanggung sakit ni . Sgt tk puas hati dgn lyanan panel hspital ampang ! Bad service

    Reply
  • September 23, 2018 at 6:23 pm
    Permalink

    Payah jugak …..

    Reply
  • September 23, 2018 at 6:26 pm
    Permalink

    Payah jugak…

    Reply
  • December 16, 2018 at 3:28 pm
    Permalink

    Lupakanlah duit kwsp tu selagi korang masih bernyawa selagi tu korag xkan merasa aku da penah mohon nak keluarkan utk dialisis dia siap nasihat kat kaunter baik mintak baitulmal nasib baitulmal dapat. Kwsp ni orang kerja kerajaan je senang mohon woi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.