Majlis Kahwin Anak TPM: Pasangan Jemputan Tidak Dibenarkan Hadir?

Kuala Lumpur – Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin melahirkan rasa kecewa apabila majlis perkahwinan anak Timbalan Perdana Menteri tidak membenarkan jemputan membawa pasangan untuk hadir bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan itu.

 

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, arahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh pegawai dari pejabat timbalan menteri yang menghubunginya Rabu lalu.

 

“Sebelum ini saya telah maklumkan untuk hadir pada majlis yang akan diadakan di kediaman rasmi TPM 26 Mac ini, namun beberapa hari lalu mereka maklumkan jemputan tersebut hanya untuk saya seorang sahaja.

 

“Disebabkan itu saya terpaksa tolak untuk hadir kerana kebiasaannya untuk apa-apa majlis saya hanya akan hadir bersama suami” ujarnya kesal kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah itu merasakan ‘arahan’ seperti itu hanya akan merosakkan nama baik dan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tuan rumah.

 

“Saya faham dan menghormati sekiranya itu merupakan permintaan tuan rumah, cuma saya agak hairan mengapa mereka yang dijemput tidak dibenarkan membawa pasangan.

 

“Secara peribadi saya merasakan ia tidak sepatutnya berlaku dan arahan ini mungkin datang dari para penasihat yang secara tidak lansung akan menyebabkan nama dan imej Tan Sri rosak” ujarnya lagi.

 

Terdahulu beliau menyifatkan ‘arahan’ untuk tidak membenarkan pasangan jemputan untuk hadir itu sebagai bukan budaya orang Melayu mahupun UMNO.

 

SuaraTV masih gagal mendapatkan sebarang pengesahan dari pejabat Timbalan Perdana Menteri berhubung perkara ini.

 

Majlis perkahwinan anak timbalan perdana menteri , Najwa Mahiaddin dengan jejaka pilihannya itu akan di adakan di Sri Satria, Putrajaya.

 

Najwa yang pernah popular dengan lagu ‘Got To Go’ dan ‘Sri Mersing’ telah mengikat tali pertunangan dengan Idris Koh Keng Hui, pada 8 Disember lalu.

 

Baca: Majlis Kahwin Anak PM Dan TPM Diadakan Pada Tarikh Yang Sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.