Lutut Remaja Sindrom Down Tertusuk Pagar Besi

JOHOR BAHARU – Seorang remaja Sindrom Down terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas lutut kirinya tertusuk sebatang besi pagar di rumahnya di Jalan Bentara 9, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini, Jumaat.

 

Kejadian berlaku ketika remaja lelaki terbabit, Thien Kim Seng, 15, sedang bermain di perkarangan rumahnya sebelum dia dipercayai memanjat pagar itu lalu tertusuk.

 

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Ezam Mistorerrodin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan khidmat khas terbabit.

 

“Anggota tiba 10 minit kemudian dan mendapati remaja terbabit masih tersangkut di pagar rumahnya dengan bahagian tepi lututnya tertusuk pada sebatang besi,” katanya ketika dihubungi.

 

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi itu dan remaja berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.