Kilang Simen Runtuh, Lebih 100 Terperangkap

DHAKA – Sekurang-kurangnya 100 pekerja dipercayai masih terperangkap apabila bumbung sebuah kilang simen yang dalam pembinaan runtuh di pekan Mongla, selatan Bangladesh dengan angka korban meningkat kepada tujuh orang.

 

Ketua pentadbir kerajaan, Shah Alam Sarder berkata, kejadian itu berlaku tengah hari semalam, ketika lebih 150 orang berada di bawah struktur terbabit, menyebabkan ramai pekerja terperangkap di bawah runtuhan konkrit dan besi.

 

Menurut Shah Alam, pasukan kecemasan yang dibantu anggota tentera terpaksa menggunakan dua kren dan pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

 

“Angka kematian meningkat kepada tujuh orang dan 53 lagi mangsa cedera termasuk enam daripadanya mengalami keadaan kritikal,” katanya. – AFP/REUTERS/UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.