Kes Pelajar Libas Pisau Roti… Mak Dia Lagi Pailang Rupanya!

Biasa kita dengar peribahasa ‘bapa borek anak rintik’ yang membawa maksud kelakuan dan perangai anak akan terikut sebagaimana pembawaan sikap ayahnya.

 

Peribahasa itu nyata masih lagi relevan hingga sekarang terutama sekali bila dikaitkan dengan satu insiden pergaduhan berdarah di Singapura beberapa hari lepas.

 

Dalam insiden yang dipercayai berpunca dari masalah berebut teman wanita itu seorang lelaki berusia 19 tahun hampir putus sebatang jarinya selepas ditetak dengan pisau pemotong roti.

 

 

Muhammad Zuhairie Adely Zulkifli, 16 yang bertanggungjawab melakukan kecederaan itu bagaimana pun diangkat seolah-olah seperti hero oleh ibunya yang dikenali sebagai Cherry Rocher Yohaida.

 

Yohaida tidak hanya mengejek mangsa yang cedera dalam laman Facebook miliknya malah bangga bercerita kepada rakan-rakan Facebook perihal anak lelakinya yang lebih muda berupaya mengalahkan lawan yang lebih berusia.

 

Paling menarik sekali imej perwatakan Yohaida yang bertatu (atau cuma inai?) di lengan kanan dan kiri berdasarkan foto diperolehi dari Facebooknya seakan menjelaskan kenapa sebegitu ganas sekali perilaku anak lelakinya.

 

Jika selama ini kelakuan baik buruk seorang anak sering dikaitkan dengan ayahnya, kali ini peribahasa ‘mak borek anak rintik’ dirasakan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan.

 

Di bawah ini dipaparkan beberapa status yang ditulis oleh Yohaida sebelum akaun facebooknya dinyah aktifkan selepas salinan kenyataannya tersebar di internet dan mengundang reaksi negatif khalayak ramai.

 

“KENTAL SIAL YG BAJU HITAM. ASAL LARI TKDE BODEK KAPE. PADAN MUKA KAU SIAL!!!”

***

“Da Keluar News Tadi kat suria. Besok keluar New paper. Haiz Budak 19 tahun tk bole fight ngan 16 tahun anak Ku.”

***

“P*KI MAK TU BUDAK YG COMMENTS KAT TWITTER CAKAP APA KASUT TKDE. EH P*KI MAK YG KENE REMBAT PAKAI BAJU HITAM SMART MAMAT ADA PAKAI KASUT ASAL LARI. EH SIAL MAU BRANI AJE ASAL KAN DIA BOLE GO SAMPAI TU BUDAK LARI ASAL PASAL PAKAI 2 KASUT. GUA RASA LU PUN KENTAL AH BUDAK, ANAK WA TU BUDAK BAJU HITAM 19 TAHUN. ABIH KENE NGAN BUDAK UMUR 16 TAHUN LARI. TKDE BODEK TAPI ADA KASUT HAHAHA”

***

“DIA PUNYA BETINA BAWAK PARANG SEMBUNYI KAN AND TRY TO THROW IT AWAY.”

***

“SUKA HATI KORANG LA NK CKP APA, .ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI. AKU AKAN TERUS DOA KAN YG TERBAIK UNTUK ANAK AKU. KALAU DA KENE BATANG HIDUNG SENDIRI BARU LA KORANG RASA.”

***

“TOLONG JGN GANGGU HIDUP AKU DAN ANAK 2 AKU..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.