Jangan Jadikan Kemiskinan Alasan Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

SANDAKAN – Ibu bapa diminta supaya jangan meletakkan kemiskinan sebagai satu alasan untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Edris.

 

“Ini adalah kerana kerajaan memberi bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada ibu bapa berpendapatan rendah bagi membasmi keciciran pelajar akibat kemiskinan,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM kepada 101 murid Sekolah Kebangsaan Kampung Pertanian di sini, hari ini.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata, bantuan lain yang turut diberikan kepada murid dari keluarga golongan miskin antaranya pemberian Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Khas Awal Persekolahan, Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Pakaian Seragam dan Peralatan Sekolah.

 

“Ia sejajar dengan langkah kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan memberi keutamaan untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapat peluang pendidikan,” katanya.

 

Zakaria berkata, ia juga melibatkan penyediaan prasarana pendidikan bagi memastikan pelajar di luar bandar menikmati kemudahan sama seperti yang terdapat di sekolah bandar. – Bernama/Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.