Blog Dr Mahathir ‘CheDet’ Digantung

Kuala Lumpur – Laman blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc tidak boleh diakses pada Jumaat, selepas satu artikelnya yang mengkritik isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterbitkan.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati laman blog tersebut kini ‘digantung’ dan tidak lagi boleh diakses.

 

Pada peringkat awal, mereka yang cuba mengakses laman blog berkenaan akan menerima mesej “this account has been suspended” atau “akaun ini telah digantung” dan ia mula disedari pada jam 4.30 petang.

 

Bagaimanapun, mesej itu kemudiannya digantikan dengan “Error establishing a database connection” atau “masalah berlaku dalam sambungan pangkalan data.”

 

Menurut portal TRP blog tersebut dihoskan oleh iWeb yang berpangkalan di Kanada pasukan sokongan (support system) yang dihubungi memaklumkan, pelayan (server) telah diaktifkan semula, selepas digantung.

 

“Sekarang kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu pangkalan data,” kata pasukan sokongan iWeb seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

 

Pemeriksaan semula ke atas laman web chedet.cc mendapati, mesej itu sudah tiada, namun ia masih tidak boleh diakses.

 

Pada tahun 2008, blog tersebut pernah digantung oleh penyedia khidmat Blogger.com kerana dianggap sebagai “blog spam”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.