Bekas Pengurus Jawab Dakwaan Liwat Tegar

Kuala Lumpur – Muhammad Arif Dollah, bekas pengurus penyanyi kanak-kanak yang popular dengan lagu “Aku Yang Dulu”, Tegar, menafikan dakwaan dia menderanya secara seksual.

 

Kata Muhammad Arif yang dipanggil AD oleh Tegar, dia terkejut dengan dakwaan penyanyi cilik itu dan akan melantik peguam untuk tindakan selanjutnya.

 

“Saya amat terkejut dengan tuduhan itu.

 

“Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor, jika benar dia diliwat.

 

“Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu, sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.

 

“Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain?” soalnya seperti yang dilaporkan kebanyakan media tempatan Indonesia.

 

Jelasnya, dakwaan Tegar itu tidak benar, kerana ada individu lain yang tinggal bersamanya.

 

“Di rumah itu, hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.

 

“Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja,” katanya.

 

Terdahulu, penyanyi berusia 13 tahun itu mengakui pernah menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Arif, menerusi sidang media program “Aksi Menentang Kejahatan Seksual Terhadap Anak”, di Jakarta Timur, semalam.

 

Menurutnya, Muhammad Arif akan mendekatinya setiap kali waktu tidur dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

 

Kejadian itu dikatakan berlaku antara November 2014 hingga Januari tahun ini, lapor portal berita Kompas dan Metrotvnews.com.

 

“Waktu itu, di Malaysia, Tegar ada konsert. Setelah konsert selesai, AD (Arif Dollah selalu minta extend (tinggal lebih lama).

 

“Dari situ, Tegar merasa aneh. Konsert yang jadualnya hanya seminggu, jadi berbulan-bulan,” dakwa Tegar dalam sidang media “Komnas Perlindungan Anak”, pada Rabu.

 

Selain melanjutkan tempoh tinggal di Malaysia, Muhammad Arif juga didakwa menghalang penyanyi remaja itu menghubungi ibu bapanya.

 

“Dia (AD) selalu aja punya alasan, kalau Tegar mau hubungi Bapak. Dia bilang wifinya mati, enggak ada pulsa,” dakwa Tegar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.