32 Warga Indonesia Hilang, Disyaki Sertai ISIS

Jakarta – Pegawai Indonesia mengesahkan bahawa seramai 32 warga Indonesia telah ditahan di Turki atau hilang selepas disyaki cuba untuk menyeberang ke Syria untuk menyertai Kumpulan Militan Negara Islam (ISIS), lapor Reuters.

 

Menteri Luar, Retno Marsudi beritahu pemberita bahawa sekumpulan 16 warga Indonesia, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah ditangkap oleh pihak berkuasa Turki minggu ini.

 

“Kami telah mendapat maklumat bahawa mereka memang cuba untuk menyeberang ke Syria,” katanya, sambil menambah bahawa Indonesia akan menghantar satu pasukan untuk membantu siasatan Turki.

 

Marsudi berkata 16 warga Indonesia lain yang hilang daripada kumpulan pelancongan minggu lepas masih belum dikenalpasti kedudukan mereka, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Turki masih belum mengesahkan jika mereka masih di Turki atau telah menyeberang ke Syria.

 

Ketua Polis Negara, Badrodin Haiti berkata kumpulan disyaki cuba untuk menyertai IS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.