Seorang Rakyat Malaysia Maut Ditembak Sungai Golok

KOTA BHARU – Seorang rakyat Malaysia maut manakala rakannya cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, mukim Pasir Mas, dalam daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sulaimi Mat Ali, 54 tahun, berasal dari jalan Atas Paloh, Kota Bharu.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18 tahun, dari Jalan Masjid, Kota Bharu.

Dalam kejadian sekitar jam 8. 30 malam waktu tempatan itu, kedua dua mangsa dikatakan ditembak menggunakan senjata jenis Rifle M16 oleh dua individu yang tidak dikenali yang menaiki motosikal.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, mangsa yang mengalami kecederaan masih dirawat di Hospital Sungai Golok.

Sementara itu, mangsa yang maut ketika mendapat rawatan di hospital sama akan dibawa pulang ke Kota Bharu hari ini.

Pihak berkuasa Thailand menjalankan kerja-kerja forensik susulan kejadian tembakan di sebuah bengkel kereta di Sungai Golok malam tadi. Foto pihak berkuasa Thailand

Ketua Polis Balai Sungai Golok, Supt Supakon Pungros berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian termasuk motif serangan.

“Pihak kami juga sedang mengesan individu yang terlibat dan jumlah suspek sebenar yang terbabit serta motif serangan berkenaan” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa yang maut itu merupakan pemilik bengkel kereta manakala yang mengalami kecederaan itu dipercayai pekerjanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.