Suami Curang Dengan Budak 15 Tahun Direman

Susulan kes yang menjadi tular di laman sosial yang melibatkan seorang suami telah berlaku curang dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, suaminya kini telah di reman oleh pihak  polis.

 

Menurut satu muatnaik status oleh isterinya di laman Facebook, suaminya, Mohamad Kasiren telah di reman oleh polis setelah ibu kepada remaja perempuan itu, Khaty membuat laporan polis atas tuduhan merogol anaknya.

 

“Bismillah, Subhanallah, Allah Akbar. Leaving from IPD Seri Alam. Alhamdullilah husband saya sudah ditahan reman.

 

“Ibu kepada khaty telah membuat laporan polis atas tuduhan merogol budak bawah umur. Khaty dan Mohamad Kasiren telah mengaku melakukan hubungan sex dibilik tidur kami,”tulisnya dalam status berkenaan.

 

Isterinya yang menggunakan akaun Nurul Hidayu turut mendakwa bahawa dirinya serta anaknya telah dianiaya ekoran daripada Kasiren yang didakwa tidak mengaku bahawa anak tersebut adalah hasil dari perkahwinan mereka.

 

“Tadi saya dipanggil untuk diambil statement. Allah tak tidur, Allah tahu Mommy dan Haqq Daren dianiaya, Baba tak ngaku adik dari hasil perkongsian hidup dengan Baba.

 

“Kemenangan berpihak pada kita nak. Ingat boy, kau lian dengan aku, kau laknat dengan Allah. Kau tuduh aku berzina sedangkan adik dari benih kau. Segalanya telah terjawab, janji Allah tu pasti, Allah maha adil,”ujarnya.

 

Kasiren dikatakan telah di tahan reman di IPD Seri Alam. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.