Menurutnya, wang berjumlah RM6 bilion yang diterima ketika penyenaraian Felda ke bursa saham sudah digunakan bagi kelangsungan agensi tersebut, petik Utusan.

 

“Selain RM1.7 bilion yang digunakan sebagai durian runtuh kepada peneroka, bakinya iaitu RM4.3 bilion juga sudah dibelanjakan.

 

“Antaranya bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah dan Pahang, pinjaman perumahan peneroka, perbelanjaan pengurusan, pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan pelbagai lagi,” katanya.