Raja Ilya Bakal Bintangi Filem Terbitan Marvel

KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya, 31, bakal membintangi sebuah filem Hollywood francais Marvel pada hujung tahun ini

Dia mengesahkan bakal menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian sebelum memulakan penggambaran, lapor Cinema Online.

Bagaimana Raja Ilya enggan mendedahkan secara terperinci mengenai filem tersebut, memandangkan katanya tajuk filem tersebut belum diputuskan.

Mendengar khabar berita baik ini, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bangga dan keterujaan memandangkan Marvel sentiasa menghasilkan filem-filem pecah panggung seperti The Avengers, Captain America dan Guardian of Galaxy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.