Mendiang David Bowie Menang Anugerah Grammy

LOS ANGELES: Ikon rock, mendiang David Bowie meraih kategori Lagu Rock Terbaik sekali gus menyapu bersih kesemua lima kategori di mana album terakhirnya “Blackstar” dicalonkan.

 

Pengiktirafan itu diberikan selepas “Blackstar” disenaraikan secara kontroversi bagi kategori Album Tahunan Terbaik.

 

Selain itu, Maren Morris pula meraih kemenangan bagi anugerah Persembahan Country Terbaik bagi lagunya “My Church.”

 

Morris, turut dicalonkan bagi anugerah Artis Baharu Terbaik muncul pemenang ketika membuat persembahan pada Anugerah Muzik Country November lalu.

 

Sementara itu, kumpulan Twenty One Pilots pula meraih anugerah Persembahan Terbaik Duet/Kumpulan bagi lagu mereka “Stressed Out.” -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.