Foto Neelofa Duduk Sebelah Raja Muda Selangor Jadi Viral

KUALA LUMPUR – Sebelum ini selebriti terkenal tanah air, Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia kini sedang berkawan rapat dengan kerabat diraja.

 

Perkara itu disahkan dengan kemunculan foto viral pelakon dan hos Meletop itu yang dikatakan menghadiri satu majlis amal dan duduk semeja bersama Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.

 

Foto itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Effie Amron.

 

Difahamkan,  foto tersebut dipercayai diambil sekitar Disember tahun lalu di sebuah majlis amal bagi mengutip dana untuk kanak-kanak yang memerlukan bertempat di Hilton Kuala Lumpur.

 

 

Nama Neelofa sebelum ini sering kali dikaitkan dengan hero gandingannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.