Bot Meletup Ketika Latihan, 9 Komando Cedera

LUMUT – Sembilan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini hari ini.

 

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu melibatkan sebuah bot Kerambit 3 yang digunakan untuk kursus pengendalian bot membabitkan 6 peserta, 2 jurulatih dan seorang mekanik.

 

Menurut sumber satu daripada enjin bot berkenaan tidak dapat dihidupkan dan kerja penyelenggaraan dijalankan sebelum enjin dapat dihidupkan, namun menyebabkan letupan.

 

Sumber memaklumkan semua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung dengan 2 daripadanya berada dalam zon merah (kritikal), 6 zon kuning (separa kritikal) dan seorang zon hijau iaitu tidak kritikal. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.