BN Sedia Terima 4 Bekas Wakil Rakyat DAP Kata Idris Haron

MELAKA – Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menerima empat bekas pemimpin DAP negeri itu untuk bersama dengan kerajaan.

 

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan dibuat oleh empat wakil rakyat itu tepat pada masanya, petik BH.

 

“Sememangnya kita dapat lihat mereka (DAP) cakap tidak serupa bikin.

 

“Walaupun banyak tuding jari parti politik lain seperti BN dan UMNO seolah-olah kita amal diskriminasi, tetapi jelas saya lihat Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) yang pernah aktif di negeri ini suatu ketika dulu ditolak DAP Melaka … kemudian lari ke Pulau Pinang, “katanya.

 

Idris yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian sebagai mengulas empat wakil rakyat DAP Melaka yang bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti pusat.

 

Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

 

Berikutan keputusan tiga ADUN DAP itu, parti itu kini wakili Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Lai Keun Ban (Kota Laksamana) dan Tay Kok Kiew (Banda Hilir) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.