‘Bela Nasib Pemandu Grabcar, Perjuangan Merapu’

SHAH ALAM – Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) mendakwa usaha Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah untuk mengadakan sidang media berhubung pemandu Grabcar yang ditindas sebagai satu perjuangan yang merapu serta tidak berasas.

 

Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain mendakwa, tidakkah Mohd Ridzuan sedar bahawa aktiviti pemanduan Uber dan Grabcar adalah aktiviti satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan membahayakan pengguna.

 

“Mereka (pemandu-pemandu Uber dan Grabcar) selama ini bukan sahaja telah menimbulkan huru-hara di dalam industri teksi dan merendahkan martabat SPAD dan JPJ, malah mereka dengan jelas telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

 
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata sepatutnya Ikhlas menyeru rakyat mematuhi undang-undang.

 

“Saya rasa Ikhlas ini dah tak ada kerja lain nak dibuat, itu yang dok merapu,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, katanya timbul persoalan di mana Ikhlas dalam membela nasib pemandu teksi.

 

“Ikhlas sewajarnya faham, selama ini tidak ada mana-mana pihak pun yang memaksa pemandu kereta sapu menghambakan diri kepada syarikat kapitalis seperti Grab dan Uber, sebaliknya mereka sendiri yang selama ini menghulurkan tengkuk mereka,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.