Akim, Hazama Pilih Protege

DUA bakal protege tersingkir pada konsert pengenalan pertama Mentor Milenia 2017 di bawah pimpinan Akim dan Hazama, malam tadi.

 

Mereka ialah Mohd Farhan Mohd Mustapha (Farhan) yang dibimbing oleh Akim manakala Hazama pula menyingkirkan Iffah Syahira Ariffen Kamal Arriffen (Serra).

 

Penyingkiran itu menyaksikan Akim memilih Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica) sebagai protege bagi meneruskan saingan dalam program realiti tersebut.

 
Hazama pula memilih Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) sebagai protege.

 

Penentuan untuk pemilihan protege Black dan Tomok pula akan diadakan pada 19 Februari depan.

 

Mentor Milenia 2017 bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dan dipancarkan di TV3 pada setiap Ahad, bermula jam 9 malam.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.