Sepatutnya Mengawan, Tapi Kena Baham

SACRAMENTO – AMERIKA SYARIKAT. Seekor harimau betina yang diperkenalkan kepada seekor harimau jantan untuk tujuan mengawan mati dibaham, kelmarin.

 

Menurut laporan Sacramento Local, harimau betina tersebut, Baha yang berusia 15 tahun diserang harimau jantan, Mohan sejurus dimasukkan ke dalam kandang yang sama.

 

Kejadian tersebut yang berlaku di Zoo Sacramento jelas mengejutkan ahli veterinar yang bergegas menyelamatkan Baha namun gagal.

 

Rancangan mengawan tersebut dirancang oleh Pertubuhan Zoo dan Akuarium Kebangsaan. – sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.