‘Wasiatkan’ Akaun Facebook Anda

Kuala Lumpur –  Facebook telah memperkenalkan fungsi baru ‘Legacy Contacts’, yang direka untuk membolehkan pemilik akaun menamakan penama baru untuk mengambil alih akaun tersebut, sekiranya pemiliknya meninggal dunia.

 

Apabila pihak Facebook mendapat maklumat berkenaan seseorang yang telah meninggal dunia, mereka akan mengubah status akaun tersebut, sekaligus memberikan akses kepada penama pada ‘Legacy Contact’.

 

Penama tersebut akan memiliki akses untuk menguruskan profil Facebook si mati, meskipun tidak meliputi aspek secara keseluruhan seperti pemilik akaun yang sebenar.

 

Terhad kepada beberapa perkara, penama hanya boleh mendapat akses seperti respon kepada permintaan rakan, menukar foto profil dan menulis status untuk dipaparkan di bahagian atas laman.

 

Penama tidak mendapat akses seperti menyunting ‘post’, atau memadam gambar yang dimiliki oleh si mati.

 

Akses terhad ini dilaksanakan untuk mengelakkan pertambahan beban emosi kepada pihak yang bersedih di atas kematian si mati. Bagaimanapun, pihak Facebook tidak menolak sebarang kemaskini terhadap ciri ini pada masa akan datang.

 

Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk menamakan seorang penama untuk ‘mewarisi’ akaun Facebook miliknya, tetapi ia boleh ditukar pada bila-bila masa.

 

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat dan mungkin mengambil sedikit masa untuk boleh digunakan oleh semua pengguna Facebook di seluruh dunia.

 

Untuk menyemak sama ada ia sudah boleh digunakan atau belum, anda boleh pergi ke halaman Settings, Security dan pilih Legacy Contact.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.