Setiausaha Akhbar Azmin Ali Letak Jawatan

Shah Alam – Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengumumkan peletakkan jawatan beliau hari ini.

 

Mohd Radzi Abdul Razak yang dilantik pada November lalu oleh kerajaan negeri Selangor melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.

 

Peletakan jawatan ini sekali gus menjadikan Radzi sebagai setiausaha akhbar paling singkat dalam kerajaan negeri Selangor.

 

“Saya mengumumkan tidak lagi mewakili kerajaan Selangor sebagai setiausaha akhbar menteri besar.

 

“Keputusan ini diambil atas faktor kesihatan saya yang tidak mengizinkan,” kata Radzi melalui aplikasi WhatsApp kepada media.

 

Beliau sebelum ini pernah ditahan di wad sebuah hospital swasta sekitar pertengahan Januari.

 

Sebelum menjadi setiausaha akhbar kepada Azmin, Radzi adalah seorang wartawan yang pernah berkhidmat di TV Selangor, Antarapos, The Ant Daily dan Malaysiakini.

 

Beliau juga pernah terlibat dalam aktivisme media melalui Gerakan Media Marah (GERAMM).

 

Sehingga kini Azmin tidak memberikan kenyataan bersabit peletakan jawatan Radzi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.