Polis Nafi Berlaku Pencerobohan Di Lahad Datu

Lahad Datu – Pihak Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dikatakan telah menahan beberapa orang yang disyaki warga Filipina di Felda Sahabat disini hari ini.

 

Menurut sumber SuaraTV yang dihubungi sebentar tadi kumpulan tersebut disyaki sedang merancang untuk melakukan penculikan sebelum di tahan pihak berkuasa yang sedang meronda di kawasan sekitar.

 

Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa turut menjumpai beberapa pasang pakaian ala-tentera yang disembunyikan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda tersebut.

 


Lahad Datu-2

 

“Mereka dipercayai menyeludup masuk melalui jalan laut dan menukar pakaian biasa bagi mengelaburi mata pihak berkuasa.

 

“Ekoran kejadian tersebut, pihak tentera telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar Lahad Datu” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu turut berkata pihak berkuasa telah menasihatkan orang ramai agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

 

Lahad Datu-3

 

Kesemua suspek kemudianya dihantar ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

 

Pegawai bertugas di IPD Lahad Datu ketika dihubungi, walau bagaimanapun menafikan kejadian tersebut

 

Menurutnya sehingga kini tiada sebarang tangkapan yang dibuat oleh pihak polis berhubung kejadian pencerobohan seperti yang didakwa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.