PAS Di Ambang Perpecahan, Ada Pihak Mahu Pas Keluar Dari Pakatan

Kuala Lumpur – PAS di ambang perpecahan yang serius dan nyata berikutan muncul puak yang mahukan parti itu kembali kepada gaya perjuangan asal secara bersendirian, sementara sekumpulan lagi mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.

 

Mengakui kewujudan kumpulan yang mahu berpisah itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata, ia hanya puak minoriti tetapi perlu ditangani segera.

 

“Memang telah wujud dua jalur pemikiran dalam Pas iaitu satu mahu kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dan satu lagi mahukan Pas kembali kepada asal bergerak secara sendirian seperti sebelum ini,” katanya.

 

Menurut beliau, “Masalah ini perlu ditangani segera walaupun kumpulan yang mahukan Pas bergerak sendiri itu hanyalah kumpulan minoriti.

 

“Kalau mereka rasa tak sehaluan dengan PR, lebih baiklah keluar dari parti. Tapi saya nasihatkan supaya terus kekal dan akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan Pas dalam membuat apa juga keputusan,” tambahnya.

 

Khalid mendakwa, antara punca yang dipercayai telah mengubah pendirian kumpulan minoriti ini adalah mungkin mereka telah dipengaruhi oleh puak-puak tertentu dalam UMNO sendiri.

 

“Saya agak sahaja mungkin mereka telah berjaya memujuk kumpulan ini dengan janji-janji manis yang hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang harapkan, mereka dari kumpulan kecil ini bangkit dan lihat semula kenapa Pas bergabung dengan PR.

 

“Mereka kena ingat bahawa PR bukan parti milik sesiapa tetapi adalah gabungan yang ditubuhkan untuk memastikan kekuatan pembangkang sehingga dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.